Takziah :'(

Hello korang sihat ker ? DM sihat jer hari ini.Sesiapa yang sakit tu cepat-cepat lah mam ubat.Kasihan mak bapak korang payah-payah beli ubat untuk kesihatan korang semua,fikirkan kebaikan nya ok ? :'( Hari ini tajuk post aku tetiba jer 'Takziah' kan ? so tak payah kejut sangat.Ini aku kasihan sangat kat member twitter ni yang tinggal kat Kuala Lumpur.TL dia penuh dengan nama dia pasal apa ? sesiapa yang tahu tu diam-diam la key pasal makwe dia.Makwe dia pergi meningalkan dia buat selama-lamanya.Kasihan sangat aku tengok dia ramai yang pujuk dia supaya tenang.Mungkin Tuhan lebih sayangkan arwah dia , kita hidup di bumi ini hanya sementara sahaja.You only live once.So,yang kita masih hidup di bumi ini bertaubat lah dan berdoa kepada arwah yang kita sayang tu hidup aman dan damai.Nak sedih dorr huhu :'( .Aku pun ada kena macam tu,kawan kami.Kejadian ini masa tahun 2010 . Kebetulan pula kami UPSR .Ya kami memang fokus sangat laa.. tapi ada kawan kami ini tidak dapat hendak menduduki UPSR.Dia meningal dunia bulan 5 bulan birthday aku :'( .Dia meningal dunia sebab sakit "chicken fok" *ahh lantak laa aku tak taw bahasa melayu janji korang faham sudah* .Aku fikir benda macam tu tidak mengugut nyawa manusia.Kan kalau kena tu masa kita budak-budak lagi kan ? Dia tidak masa umurnya dia 12 tahun kena.Aku benci tengok arwah kawan aku ni.Benci sangat2 ! Sebab apa sebab dia suka ganggu orang tak kira lah awak anak siapa.Tapi paling best kat arwah dia bila dia ketawa.Alahai macam budak-budak jer.HAHA.Kadang-kadang suka juga aku kawan dengan arwah ni.

Pada petang tu aku pergi bawah nak main badminton.Dengar-dengar jiran sebelah panggil nama aku.
Jiran:Awie kawan awak dah meningal dunia :'(
Aku:Hah ? meninggal dunia ? siapa ?
Jiran:Mendiang Eli Martin.
Aku hanya dengar jer.Dalam hati mana ada dia meningal dunia.Memang tak percaya sangat la wey.So pagi esok tu pergi sekolah.Aku pergi la blok A terus pergi kelas.Blok A tu senyap semacam je tengok ramai yang berkumpul depan kelaj 6 Hijau.Aku pun pelik laa.Dengar ada yang menangis.Bah terus aku masuk kelas... and ambil tempat.Aku tanya lah kawan sebelah aku kenapa menangis.Lepas tu diorang cakap "Mendiang Eli Martin meninggal dunia" .Aku tak sedar yang air mata aku mengalir tiba-tiba.Menangis satu kelas.Aku pun tidak menyangka yang dia pergi cepat sangat.Habis dia tidak sempat lah ambil UPSR ? banyak soalan dalam otak aku :'( .Huhu.So, ada seorang cikgu ni ajak kami yang bukan islam pergi gereja RC yang dekat dengan sekolah.Yang islam terpaksa lah tinggal dalam kelas.Kawan aku bagi aku tisu.Huhu.. tengok kubur dia sudah berada di dalam gereja.Lagi lah kami menangis.Sudah selesai sembahyang so kami balik kelas lagi.Aku belum lagi minta maaf kat arwah dia.Dah beberapa bulan kelas tu sunyi tiada bunyi menangis,tiada bunyi ketawa dan apa-apalah ! .Tak apa lah janji dia hidup aman di sana sudah.Nak menangis :'( huhu.. Awak,saya minta maaf buat kali kedua :'(